Pages

Search This Blog



wElCOME aLL...

aLL abOard....

Come AnD LeTS jOin Me To The AdvenTuRe Of My Life...
(AdvEnTure Lah SgT..iT WAS JuS iNViTATAtIOn To TreAT hAHAha..)

My LifE, sAD, hAPPy wILL bE sHARE wITH u...

NjOY... =)



Sunday, April 25, 2010

hari tua...

semalam aku ke Felda Mayam melawat sepupu atuk aku yg sakit..just imagine he is my grandfather's cousin...da tua lah tu kan?

setelah tersesat jalan beberapa ketika, akhirnya jumpa juga rumah pakcik Abdul Rahim Bin Manaf..

...si isteri berkerusi roda tenang menyambut salam...si isteri sudah lama tidak boleh berjalan..hanya duduk di atas kerusi roda shj..aku melihat pula si suami yg sedang terlantar di atas katil.. sekujur tubuh itu hanya dibaluti kulit yg sudah pun tua..tidak mampu berkata2.. apatah lagi bangun dan makan...

Ya Allah..Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya Allah..

hanya si anak menjaga pakai dan makan ibu dan ayah yang uzur...kencing/berak ibu dan ayah di jaga tanpa banyak karenah...

aku cuba bygkan mcm mana lah kalo aku di tempat dia..sanggupkah aku menjaga ibu ku yg uzur dan tidak berdaya? sesungguhnya jujur aku katakan...aku tidak dapat menggambarkan walau sesaat pun keadaan itu....aku cuba tetapi tak tergambar....setiap kali aku cuba..ia seakan2 kabur dan hilang!

bukan lah aku tak sanggup untuk menjaga ibu ku seperti anak pasangan ini, kukira kalau pun ditakdirkan berlaku sedemikian keatas keluargaku (Nauzubillah) tiba masa dan ketikanya mahu tak mahu.. wajib buat kerana kita anak..itulah tanggungjawap terhadap org tua..

sejenak aku berfikir dan memohon .. kuatkan lah dan sihatkan lah ibu ku Ya Allah.. berikan lah aku masa yg lebih panjang untuk bersama nya.. berikanlah aku kekuatan dan kecekalan serta ketabahan agar aku dpt menjaga ibuku ketika sakitnya..

Ya Allah aku memohon darimu agar tabahkan lah hati si anak untuk menjaga ibu dan ayah nya hingga ke akhir hayat nya...Kau balas lah jasa nya setimpal dgn pengorbanan nya...


Semoga aku juga akan berkorban begitu untuk org tua ku.....InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment